Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

Articles

Written by Super User

Karnival Kokurikulum Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KAKOM KMPP) 2011 telah diadakan bermula 28 Januari 2011 hingga 12 Februari 2011. Selain bertujuan membantu pelajar mendapatkan markah kokurikulum di peringkat matrikulasi bagi memenuhi 10% ke IPTA, Karnival Kokurikulum KMPP juga bertujuan menggalakkan para pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga dapat membina serta menaman sikap bekerjasama dan kekitaan dalam kalangan pelajar. Melalui karnival ini diharapkan dapat menaman semangat perpaduan melalui aktiviti yang dijalankan.

Sebanyak 16 acara dipertandingkan meliputi acara bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar, bola keranjang, squah, petanque, badminton, tenis, sepak takraw, boling, golf, ping pong, kawat kaki, kebudayaan dan acara merentas desa.

Sebanyak 5 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada:
1. Negeri 1 (N1) Blok A1, B1, C1 .
2. Negeri 2 (N2) Blok A2, B2, C2.
3. Negeri 3 (N3) Blok A3, B3, C3.
4. Negeri 4 (N4) Blok A4, B4, C4.
5. Negeri 5 (N5) Blok A5, B5, C5.
 

WAJAH-WAJAH KARNIVAL KOKURIKULUM KMPP
2010 / 2011

   
 

UPACARA PERASMIAN
KARNIVAL KOKURIKULUM
TAHUN 2010/2011

TUAN PENGARAH TELAH SUDI UNTUK MERASMIKAN PEMBUKAAN KARNIVAL KOKURIKULUM KMPP.

 
PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERBARISAN PEMBUKAAN KARNIVAL. ANTARA PASUKAN YANG TERLIBAT DALAM PERBARISAN
 
AHLI-AHLI PERBARISAN YANG BERSEMANGAT WAJA DAN PANTANG MENYERAH KALAH.

WAJAH KEGEMBIRAAN NEGERI 4 YANG MUNCUL JOHAN PERBARISAN KARNIVAL KMPP

   
PERTANDINGAN BOLA BALING PEREMPUAN

PESERTA BOLA BALING LELAKI BERSANTAI SELEPAS PERTANDINGAN

 

 
PARA PESERTA SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT UNTUK UPACARA MERENTAS DESA. ACARA LARIAN DILEPASKAN OLEH KETUA JABATAN PENGURUSAN PELAJAR.
 
WALAUPUN KELETIHAN TETAPI SEMANGAT WAJA MENDORONG PARA PESERTA MENAMATKAN
LARI
AN.

PARA PEMAIN SEPAK TAKRAW SEDANG MEMPERAGAKAN AKSI MASING-MASING.

 

  
PARA PEMAIN TENIS TERUS BERTARUNG WALAUPUN TERPAKSA BERBUMBUNGKAN MATAHARI.

 PARA PEMAIN PETANQUE SEDANG SIBUK MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK BERTARUNG.

 

    
    SUASANA KETIKA ACARA PETANQUE SEDANG BERLANGSUNG. PARA PESERTA PETANQUE SEDANG MEMBERIKAN TUMPUAN SEBELUM BALINGAN DIBUAT.
 
   AKSI-AKSI PEMBUKAAN MALAM KEBUDAYAAN.

 PERSEMBAHAN NYANYIAN OLEH PELAJAR LELAKI.

 

  
ANTARA TENAGA KERJA YANG MENJAYAKAN MALAM KEBUDAYAAN.

SEMANGAT CINTAKAN TANAH AIR TERPANCAR DIWAJAH PARA PELAJAR SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009.

 

 
SEBANYAK 600 BENDERA JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI DIKIBARKAN OLEH PARA PELAJAR KMPP.

WAJAH-WAJAH CERIA PELAJAR KMPP

 

 
 

 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

We have 44 guests and no members online

You are here:   Home
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.