Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

Written by Super User

1. Berapa lamakah tempoh pembelajaran program di matrikulasi?

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ).

2. Di  manakah  saya  boleh  menyambung  pengajian  setelah  lulus  Program Matrikulasi KPM?

Pelajar  boleh  menyambung  pengajian  di  mana-mana  IPTA  dalam  dan  luar  negara berdasarkan kelulusan (PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

3. Bagaimana untuk memohon jawatan pensyarah di kolej matrikulasi?

Sila rujuk laman web rasmi bahagian matrikulasi dari masa ke masa

4. Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?

Program Matrikulasi dijalankan di sembilan(10) buah kolej matrikulasi KPM, dua(2) buah kolej Mara dan tiga (3) buah kolej matrikulasi teknikal seperti berikut:

Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Pahang

Kolej Mara Kuala Nerang
Kolej Mara Kulim

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang 
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

5. Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM akan didenda mengikut dasar
pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
1.  Mendapat tawaran Bahagian Pendidikan Guru (kursus dalam dan luar negeri).
2.  Mendapat tajaan agensi kerajaan ke luar negeri.
3.  Menerima tawaran Asasi Sains UM.
4.  Menerima tawaran Asasi Sains Pertanian UPM.
5.  Menerima tawaran Asasi Undang-Undang UiTM - KPM.
6.  Menerima tawaran Pra Ijazah Perubatan dan Farmasi UiTM.
7.  Menerima tawaran Asasi Perubatan dan Farmasi UIA.
8.  Menerima tawaran Tamhidi Perubatan dan Farmasi - Uni. Sains Islam Malaysia. 
9.  Masalah kesihatan dengan disokong laporan pegawai perubatan kerajaan.

6. Bagaimana hendak menghubungi Bahagian Matrikulasi?

Bahagian Matrikulasi boleh dihubungi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

Laman web Bahagian Matrikulasi:http://www.moe.gov.my/bmkpm/

7. Apakah matapelajaran yang ditawarkan dalam program matrikulasi?

Mata Pelajaran Teras

1. Jurusan Sains
  Modul I : Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi
  Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
  Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
   
2. Jurusan Perakaunan
  Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan
   
3. Aliran Teknikal
  Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.
   

Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran)

  • Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.

 

Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran)

  • Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.

8. Bilakah pemohon boleh membuat semakan maklumat permohonan?

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

9. Bagaimanakah untuk membuat permohonan ke program matrikulasi?

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)

  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Borang permohonan hanya boleh dipohon melalui sekolah dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) RM10.00 bagi permohonan secara manual (menggunakan Borang OMR) atau RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

10. Apakah kelayakan minimum untuk memohon ke program matrikulasi?

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • C Bahasa Melayu

  • C Bahasa Inggeris

  • B Matematik

  • C Matematik Tambahan

  • C Kimia

  • C dalam SATU (1) mata pelajaran daripada kumpulan berikut :

i.  Fizik
ii. Biologi

Kiraan Merit (JURUSAN SAINS)

  • Matematik

  • Matematik Tambahan

  • DUA (2) mata pelajaran terbaik daripada kumpulan berikut :

i.    Kimia
ii.    Fizik
iii.      Biologi
iv.     Mata Pelajaran Teknik – SATU sahaja (PKA/ PKM/     PKE/ TK)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • C Bahasa Melayu

  • C Bahasa Inggeris

  • C Matematik

  • E Matematik Tambahan

  • C dalam DUA (2) mata pelajaran daripada kumpulan berikut :

Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan / keusahawanan/Kimia/ Fizik/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik – SATU sahaja (PKA/ PKM/ PKE/ TK/ LK)

Kiraan Merit (JURUSAN PERAKAUNAN)

  • Matematik

  • TIGA (3 ) mata pelajaran terbaik daripada kumpulan berikut :

Matematik Tambahan / Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/Kimia/ Fizik/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik – SATU sahaja (PKA/ PKM/ PKE/ TK/ LK)
 

3. Aliran Teknikal (M007)

  • C Bahasa Melayu

  • C Bahasa Inggeris

  • B Matematik

  • C Matematik Tambahan

  • C Fizik

  • C dalam PKA / PKM / PKE /TK

  • E Kimia

Kiraan Merit(ALIRAN TEKNIKAL)

  • Matematik

  • Matematik Tambahan

  • Fizik/Kimia

  • Mana-mana SATU (1) daripada mata pelajaran teknikal (PKA/ PKM/ PKE/ TK)

11. Siapakah yang layak memohon ke program matrikulasi?

1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011.

2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2010.

3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

  • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

  • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

  • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

12. Apakah jurusan dan aliran yang disediakan dalam program matrikulasi?

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu:

1. Jurusan Perakaunan

2. Jurusan Sains : Aliran Sains dan Aliran Teknikal

13. Bagaimana hendak menghubungi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang?

Talian telefon: 045756090.

Faks : 045757389, 045757597

Alamat:

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

13200Kepala Batas,

Pulau Pinang,  Malaysia

 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

We have 9 guests and no members online

You are here:   HomeSoalan Lazim
| + -

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090/5759871/5750836/5750758
Fax: 604-5757389/5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.