Perkhidmatan Asrama
URUSAN PENGANGKUTAN UNTUK KE PUSAT RAWATAN.
Pelajar berkumpul di hadapan pejabat pengurusan KOLEJ KEDIAMAN pada jam 8.00 pagi untuk trip pertama dan pada jam 2.00 petang untuk trip kedua.
Pelajar DINASIHATKAN mendaftar awal untuk memudahkan urusan pengangkutan serta berpakaian formal dan membawa kad matriks ataupun kad pengenalan.
URUSAN PELAJAR YANG SEDANG DI RAWAT DI RUMAH SAKIT.
Felo bertugas akan memantau keperluan pelajar yang terbabit di luar waktu pejabat dan hujung minggu. Penyelia Asrama akan menyelia keperluan pelajar terbabit termasuk menziarah di waktu pejabat.