MS ISO 9000 merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sesebuah agensi. Standard SPK MS ISO 9000 mengkehendaki agensi mengenal pasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dalam SPK dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK mencapai matlamatnya. Dalam hubungan ini, standard MS ISO 9000 juga merupakan blueprint bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi berkenaan. ( MAMPU : Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam sektor Awam ). Dengan memenuhi kehendak dan keperluan MS ISO, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah diperakui dengan sijil MS ISO 9001 sejak tahun 2006.
SKOP PENSIJILAN
Perkhidmatan Pendidikan Untuk Program Matrikulasi
We have 19 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |