Peraturan Am Perpustakaan
-
Pengguna diwajibkan agar sentiasa membawa kad matrik semasa memasuki perpustakaan
-
Perpustakaan sama sekali melarang perkara-perkara berikut:
-
Membuat bising
-
Makan, minum, dan merokok
-
Berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan)
-
Membawa masuk barang seperti beg, fail (sebarang fail), topi keledar, payung, baju hujan sebarang bungkusan, benda tajam.
-
Mengubah kedudukan peralatan dan perabot perpustakaan
-
Merizab tempat duduk
-
Membuang sampah merata-rata
-
Melakukan vandalisme
-
Melakukan penyalahgunaan peralatan komputer (mengubah setting, melayari laman yang berisiko terhadap serangan virus, phisher, spyware, hacker dan sebagainya).
-
Pelajar wajib memakai pakaian formal mengikut etika pemakaian KMPP pada waktu pejabat (8:00am - 5:00pm), dan berpakaian sopan yang tidak menjolok mata pada waktu lain.
-
Pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup.
-
Tindakan berikut akan diambil jika berlaku pelanggaran kepada peraturan di atas;
-
Diarah keluar dari perpustakaan
-
Akses disekat
-
keahlian dilucutkan
-
Keputusan peperiksaan digantung
Peraturan Pinjaman/Penggunaan
-
Pelajar perlu menyerahkan kad matrik (sendiri sahaja) semasa membuat sebarang transaksi.
-
Pelajar boleh meminjam buku dari koleksi open shelf (buku yang berlabel putih) sahaja. Pensyarah/staf boleh meminjam sama ada buku dari koleksi open shelf mahupun dari koleksi references (buku berlabel merah).
-
Pelajar dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah buku dalam satu masa tempoh pinjaman (2 minggu), manakala pensyarah/staf boleh meminjam sebanyak 5 buah buku dalam tempoh pinjaman (1 bulan).
-
Setiap peminjam dibenarkan untuk memperbaharui pinjaman sebanyak 2 kali sahaja. Pensyarah/staf boleh memohon pinjaman dalam tempoh tertentu (cth. satu semester) dengan mengemukakan permohonan bertulis.
-
Denda akan dikenakan bagi setiap buku yang dipulangkan melebihi tarikh luput dan bagi setiap buku yang rosak/hilang seperti berikut:
-
Denda lewat : RM0.20/hari
-
Denda buku rosak/hilang : Menggantikan semula / membayar harga buku disamping denda proses sebanyak RM10.00
-
Untuk pinjaman majalah, pelajar boleh meminjam majalah dengan menyerahkan kad matrik dan pinjaman adalah terhad untuk 1 majalah sahaja dalam satu masa, dan majalah tidak boleh dibawa keluar tanpa pengetahuan pihak perpustakaan.
-
Bagi penggunaan komputer, pelajar perlu mengisi borang yang disediakan dan meninggalkan kad matrik dikaunter. Penggunaan adalah terhad kepada 1 jam sahaja. Penggunaan komputer adalah percuma kepada semua pengguna.
-
Pelajar boleh menggunakan perkhidmatan cetakan yang mana setiap cetakan akan dicaj sebanyak RM0.30/muka surat untuk cetakan (hitam putih).
-
Bagi penggunaan bilik perbincangan, pelajar perlu mendaftarkan diri di kaunter dengan mengisi borang yang disediakan. Jumlah minimum untuk menggunakan bilik perbincangan adalah 3 orang.