Mutiara Kata

Satu-satunya sumber pengetahuan adalah pengalaman -

Knowledge stems from experience

(Albert Einstein)

 

Written by Super User

 

PENGENALAN

 

Unit Kaunseling dan Kerjaya(UKK) merupakan antara tunggak terpenting dalam pengurusan pelajar Kolej Matrikulasi. Ia menawarkan khidmat mesra dan profesional di dalam membantu para pelajar meningkatkan kecemerlangan diri,sahsiah dan kerjaya masa hadapan. Selain itu, ia juga berperanan membantu pelajar di dalam pelbagai aspek merangkumi penyesuaian diri di kampus, pengurusan akademik dan pembelajaran hinggalah kepada pemasalahan psikologi yang lebih kompleks.

 

FALSAFAH

 

Setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

 

MISI

 

Bersedia dan berusaha merancang,melaksanakan,mengaplikasikan konsep dan pendekatan kaunseling berasaskan teori dan penerapan nilai-nilai murni untuk melahirkan masyarakat berkualiti, prihatin, berdisiplin, amanah dan intelektual yang tinggi.

 

VISI

 

Merealisasikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang bergaris pandukan etika profesional dalam membentuk warganegara yang bermoral dan berhemah tinggi.

 

    PIAGAM PELANGGAN

 

U - Ujudkan semangat saling membantu antara insan

K - Kunci kecemerlangan diri dan sahsiah diutamakan

K - Pedoman dan panduan berteraskan agam

M - Memelihara nilai diri, perilaku dan kesopanan dipelihara

P - Pembentukan insan berpotensi yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani 

P - Penjana modal insan yang berteraskan minda kelas pertama.



 OBJEKTIF


(a)  Memberi perkhidmatan perkembangan kendiri dan sahsiah pelajar
(b)  Memberi perkhidmatan bimbingan akademik
(c)  Memberi perkhidmatan rundingan kewangan
(d) Memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya

 

 


 

You are here:   HomeLatarbelakang
| + -

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090/5759871/5750836/5750758
Fax: 604-5757389/5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.