KonPPI penutup

Kejayaan KMPP di KonPPI-2

KEPALA BATAS, 29 SEPTEMBER 2022- Konvensyen Penyelidikan , Komuniti Pembelajaran Profesional dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-2 (KonPPI-2) pada 27-29 September 2022. Setiap pembentangan diadakan secara dalam talian. Majlis Penutupan diadakan di Hotel MH serta boleh dlayari secara dalam talian oleh semua peserta.  KonPPI-tahun ke-2 ini dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi KPM dan Kolej Matrikulasi Perak. Penyertaan adalah melibatkan Kolej-kolej matrikulasi dan warga KPM.  Tema penyertaan pada tahun ini adalah Pembelajaran bermakna: menerajui kejayaan masa hadapan. Terdapat empat kategori dipertandingan iaitu kategori Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) , Inovasi Pendidikan dan Horizon Baharu KIK. Keseluruhannya sebanyak 19 penyertaan dari KMPP telah berjaya ke peringkat akhir, iaitu 13 kajian penyelidikan , 2 penyertaan PLC, 2 penyertaan Inovasi Pendidikan dan 2 penyertaan KIK. Dalam Keputusan akhir yang diumumkan, peserta Kategori Penyelidikan KMPP berjaya memperolehi 1 anugerah Platinum, 2 Perak dan 4 saguhati. Penyertaan Inovasi Pendidikan  memperolehi 1 Gangsa dan Penyertaan KIK memperolehi 1 Perak dan 1 Saguhati.
Berikut adalah senarai nama pemenang yang mewakili KMPP dalam KonPPI-2.

Senarai Pemenang (Sila klik di sini)

 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account