Kejayaan KMPP di KAKOM 2022

Kakom kontingen

MELAKA, 5 September 2022 - Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) Tahun 2022 telah berlangsung di Negeri Melaka, dimana Kolej Matrikulasi Melaka menjadi tuan rumah. Karnival sukan ini berlangsung selama empat hari bermula  pada 2 hingga 5 September 2022. KMPP menghantar 136 orang kontingen, diketuai oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar iaitu Tuan Haji Azmi bin Harun. Kontingen terdiri daripada 31 orang pegawai dan 105 orang pelajar. KMPP berjaya memperolehi tempat keempat daripada 17 buah kolej matrikulasi yang menyertai karnival ini dengan jumlah 8 pingat yang terdiri daripada 2 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa. Pasukan Bola Sepak dan Perseorangan lelaki Badminton berjaya merangkul emas. Manakala Pingat Perak disandang oleh Beregu Wanita Badminton serta Pasukan Bola Keranjang Lelaki. Seterusnya KMPP memungut 4 Pingat Gangsa daripada Pasukan Bola Keranjang Wanita, Bola Tampar Wanita, Petanque Wanita dan Ragbi lelaki.

 

Kakom Basketball1
Kakom Basketball2
Kakom Basketball3
Kakom BolaSepak
Kakom Petanque
Kakom Volleyball
Kakom Badminton
Kakom Kontingen

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account