Perbarisan Merdeka Ke-65

merdeka5

GEORGE TOWN, 31 Ogos 2022- Perbarisan Merdeka ke-65 peringkat negeri Pulau Pinang turut disertai oleh Kontingen KMPP yang terdiri daripada 76 orang pelajar, 3 orang pensyarah dan seorang wakil dari unit Hal Ehwal Pelajar. Kontingen KMPP diketuai oleh Tuan Haji Azmi bin Harun yang juga merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMPP. Turut hadir memberi sokongan ialah Pengarah KMPP, Tuan Suhaimi bin Saidin. Alumni KMPP, Saudara Muhammad Faris Syahmi bin Faizul Izham turut memberi sumbangan dalam pembentukan perbarisan kontingen KMPP. Majlis sambutan dirasmikan oleh Yang DiPertua Negeri, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak. Turut hadir bersama ialah Ketua Menteri, YAB. Tuan Chow Kon Yeow.

Merdeka1
Merdeka2
Merdeka3
Merdeka4

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account