2nd International Conference on Social Science Studies (ICONSOS 2022)

iconsos

KEPALA BATAS, 2 SEPTEMBER 2022 – YBrs.Dr Hj Shahanif bin Hasan, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas san Sains Sosial, Puan Hanna binti Mohd Hussaini dari unit Biologi dan Puan Zainah binti Hamid dari unit Fizik telah menyertai pembentangan kertas kajian di 2nd International Conference on Social Science Studies (ICONSOS 2022) di Istanbul, Turkey pada 24-29 Ogos. 

Jawatankuasa RnD KMPP  telah mengadakan temubual bersama dengan peserta, dapatan temubual menunjukkan banyak pengalaman telah diperolehi oleh peserta dalam sesi pembentangan seperti bahan pembentangan mestilah padat dan ringkas serta lancar tidak selau merujuk kepada kertas semasa pembentangan.  Sesunguhnya, ilmu RnD yang diperolehi akan mempertingkatkan  kualiti pembentangan dan kertas kajian.

Jawatankuasa RnD KMPP mengucapkan Syabas dan Tahniah, semoga ia akan menjadi pencetus insipirasi untuk warga pendidik KMPP untuk melibatkan diri dalam bidang RnD.  

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account