Mini Konvensyen RND KMPP 2022

Mini Konvensyen RND

KEPALA BATAS, 20 Julai 2022- Perasmian dan Penutupan Mini Konvensyen RnD KMPP telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Tuan Jamal Mohamad Hashim bin Adenan. Dalam ucapannya, beliau melahirkan harapan daripada pengurusan agar pensyarah lebih aktif melibatkan diri dalam bidang penyelidikan.   

Objektif Mini Konvensyen RnD KMPP adalah ke arah  memperkukuhkan kefahaman pensyarah terhadap penyelidikan. Konvensyen ini juga adalah sebagai platform untuk membolehkan pensyarah berkongsi idea dan seterusnya mempertingkatkan kualiti dan amalan  pengajaran dan pembelajaran.

Berasaskan hasrat ke arah perkongsian kepakaran dan pengetahuan dalam bidang RnD dan pelaksanaan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna, Jk RnD KMPP telah menjemput 4 panel penilai yang berpengalaman dan pakar dalam bidang penyelidikan dari IPG kampus Tuanku Bainun dan 7 panel penilai dari KMPP. Sebanyak 30 kertas kajian telah dibentangkan, daripada 30 kertas kajian ini, 13 adalah kajian asas dan 17 adalah kajian tindakan.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account