Pertandingan Inovator Kreatif

main image Inovasi

KEPALA BATAS, 28 April 2022 – Pertandingan Inovator Muda Kreatif (IMK) dianjurkan oleh Unit Pengurusan Perniagaan KMPP melibatkan semua pensyarah pengurusan perniagaan dan Puan Norlin Ainun sebagai penyelaras pertandingan. Semua pelajar perakaunan mengambil bahagian dalam pertandingan ini  yang keseluruhannya  melibatkan 32 kumpulan. Pertandingan itu berlangsung selama dua hari iaitu bermula 27 April 2022 sehingga 28 April 2022. Tujuan pertandingan ini ialah untuk memupuk minat pelajar dalam dunia perniagaan digital dan sebagai medan latihan menghasilkan idea kreatif serta membina keyakinan diri pelajar bekerja secara berpasukan.

Program ini dilaksanakan dalam empat peringkat yang berlangsung dari pada tarikh berikut :

Peringkat 1

 

Tarikh

27 April 2022 ( 4-5 petang)

Aktiviti

Persiapan tempat pembentangan inovasi di Pusat Sumber

Peringkat 2

 

Tarikh

28 April 2022 (12 – 1 petang)

 

Pembentangan video inovasi

Peringkat 3

 

Tarikh

28 April 2022 (2.30pm -3.30pm)

 

Penjurian produk inovasi oleh para pensyarah

Peringkat akhir

 

Tarikh

28 April 2022 ( 4.30 – 5.00 petang)

 

Penilaian oleh juri

Inovasi1
Inovasi4
Inovasi6
Inovasi3
Inovasi5

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account