Penyertaan KMPP Di konPPI-1 2021

KEPALA BATAS, 14 OKTOBER 2021  - Majlis Konvensyen Penyelidikan, PLC dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi KPM Kali Pertama Tahun 2021 (KonPPI-1 2021) dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi bersama Kolej Matrikulasi Selangor. Majlis dalam talian mengambil tempoh 3 hari iaitu bermula 12 – 14 Oktober 2021. Sebanyak  28 kumpulan dari KMPP yang layak bertanding diperingkat akhir untuk bersaing dengan penyertaan dari kolej matrikulasi seluruh malaysia, Kolej Mara dan Institut Pendidikan Guru. Wakil KMPP yang terlibat  terdiri daripada 16 penyertaan yang membentang kertas kajian (RND), 5 Kumpulan  membentangkan hasilan projek Kumpulan kreatif inovasi dan kreatif (KIK), 6 Kumpulan membentangkan projek inovasi dan wakil tunggal KMPP dalam pembentangan Profesional Learning Communities (PLC). Lanjutan daripada itu, di Majlis penutup dan pengumuman pemenang konPPI-1 2021, wakil penyertaan KMPP bagi kategori PLC diumumkan mendapat anugerah tempat ke-4 dan 2 hadiah saguhati dari kategori inovasi dan KIK. Tahniah atas penyertaan serta kejayaan yang diperolehi oleh semua wakil KMPP.

konppi1

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account