Kemudahan Asrama

Untuk keselesaan penghuni, kompleks pelajar KMPP menyediakan kemudahan bilik tidur yang lengkap dengan katil, tilam, bantal, almari, meja belajar, kerusi, cermin muka, softboard, kipas lampu dan plug elektrik.

Kompleks pelajar KMPP juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti surau, gelanggang permainan, gimnasium, pondok-pondok bacaan dan Kompleks Siswa. Dua buah bilik sakit juga disediakan untuk menempatkan pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

 
  Kemudahan Bilik Rekreasi / Bilik TV 
  di setiap blok asrama.
Kemudahan Bilik TV yang disediakan di setiap
blok asrama.
 

Kemudahan Pos Mini, Perkhidmatan tiket bas/  kapalterbang, Kedai Photostat dan Koperasi  disediakan di Pusat Pelajar KMPP.

Bilik Sakit disediakan bagi pelajar yang
mempunyai masalah kesihatan.

Pondok wakaf untuk kegiatan pelajar berkumpul bagi aktiviti mengulangkaji dan juga aktiviti berkumpulan

Tempat ampaian yang lebih sesuai untuk menyidai pakaian dari hujan

Kemudahan tandas yang disediakan untuk kegunaan pelajar di setiap aras asrama.

Tempat riadah seperti padang bola, gelanggang sepaktakraw, tenis, skuash, badminton disediakan berhampiran asrama.
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account