Jurusan & Aliran

PENJENAMAAN SEMULA JURUSAN DAN ALIRAN YANG DITAWARKAN DI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa Jurusan dan Aliran yang ditawarkan di Program Matrikulasi KPM perlu dijenamakan semula selaras dengan inisiatif dalam Perancangan Strategik Program Matrikulasi 2021-2025.

Sehubungan dengan itu, Program Matrikulasi KPM akan menawarkan tiga(3) Jurusan iaitu Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Kejuruteraan.

Jurusan Sains menawarkan tiga (3) aliran :-

  • Aliran Sains Hayat
  • Aliran Sains Fizikal
  • Aliran Sains Komputer

Jurusan Perakaunan menawarkan dua (2) aliran:-

  • Aliran Perakaunan
  • Aliran Perakaunan Profesioanal

Jurusan Kejuruteraan menawarkan empat (4) aliran :-

  • Aliran Kejuruteraan Awam
  • Aliran Kejuruteraan Elektrik dan Elektonik
  • Aliran Kejuruteraan Mekanikal
  • Aliran Kejuruteraan Asas

 

 

 

 

 

 

 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account