Mutiara Kata

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

Written by Wahazeliza

1. Apakah dokumen yang perlu dibawa?

  1. Surat tawaran
  2. Sijil - sijil dan salinan sijil yang berkaitan (seperti di dalam Buku Dokumen Pelajar)
  3. Slip BSN bagi bayaran yuran pendaftaran
  4. Salinan Akaun Bank GIRO
  5. Gambar berukuran passport ( 4 keping)

2. Bagaimana prosedur pendaftaran dilakukan?

Pelajar dikehendaki berpakaian  kuliah dan kemas semasa pendaftaran. Sesi fotografi untuk kad matrik juga akan diadakan semasa pendaftaran.

Rujuk Etika Pakaian di sini.

Bawa bersama  pelajar:-

1.      Surat tawaran

2.      Kad pengenalan

3.      Slip BSN-bayaran yuran pendaftaran

4.      Salinan Buku Akaun GIRO yang memaparkan nama Pemegang Akaun dan  No. Akaun.

Adalah penting bagi semua pelajar agar mengikut sesi pendaftaran yang  telah ditetapkan.

3. Bilakah surat tawaran akan dihantar ?

Surat tawaran dari Bahagian Matrikulasi boleh di muat turun dan dicetak oleh pelajar dari laman web Bahagian Matrikulasi (http://www.moe.gov.my/bmkpm)

4. Apakah tindakan segera yang perlu dilakukan apabila mendapat tawaran?

Tindakan segera:
Berikut adalah disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh pelajar sebelum mendaftar diri ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

1.     Baca dengan teliti Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi serta Syarat-syarat Tawaran ke Program Matrikulasi.

2.     Buat pembayaran secara `Bank-in` di BSN sahaja dan simpan slip bayaran.

3.     Buka Akaun Giro di Bank Simpanan Nasional bagi mereka yang tidak mempunyai akaun tersebut. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun Giro, anda dinasihatkan supaya mengaktifkan semula akaun anda sekiranya tidak aktif .

4.     Buat salinan muka hadapan buku akaun GIRO yang jelas menunjukkan nombor akaun simpanan GIRO dan nama anda.

5.     Lengkapkan semua borang-borang penting termasuk Buku Dokumen Pendaftaran.

6.   Sediakan 2 keping SETEM HASIL (tidak perlu dimatikan), setiap satu bernilai RM10.00 untuk tujuan melengkapkan Borang Perjanjian dan Pembiayaan Pelajar Matrikulasi.

7. Sediakan keperluan peribadi dan kekemasan diri seperti  yang ditetapkan di dalam Buku Panduan Pendaftaran Program Matrikulasi

5. Adakah saya perlu membeli peralatan dan keperluan harian yang diperlukan semasa di KMPP nanti?

Anda boleh membelinya sebelum hari pendaftaran. Pastikan semua keperluan disediakan sebelum anda datang mendaftar. Anda juga boleh mendapatkan keperluan tersebut di kedai serbaneka KMPP. Kami memohon kerjasama anda  agar  tidak membeli di luar Kolej semasa hari pendaftaran. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya kesesakan lalulintas.

6. Berapakah jumlah elaun wang saku dan bilakah saya akan menerima elaun wang saku tersebut?

Pelajar akan menerima elaun wang saku sebanyak RM1,250 setiap semester.

Wang saku akan di ‘bank-in’ ke dalam akaun GIRO BSN masing-masing sebanyak RM250 setiap bulan.

Oleh itu, pelajar dikehendaki membukaAkaun Giro di Bank Simpanan Nasional bagi mereka yang tidak mempunyai akaun tersebut. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun Giro, anda dinasihatkan supaya mengaktifkan semula akaun anda sekiranya tidak aktif.

 Buat salinan muka hadapan buku akaun GIRO yang jelas menunjukkan nombor akaun simpanan GIRO dan nama anda.

Pelajar yang mempunyai akaun GIRO untuk biasiswa, sila tukar status akaun anda.

7. Apakah kadar yuran pendaftaran yang perlu dibank-inkan?

Jurusan

Program Satu Tahun

Program Dua Tahun

Sains

RM 550.00

RM 550.00 (tahun pertama)

RM 290.00 (tahun kedua)

Perakaunan

RM 480.00

 

Teknikal

RM 550.00

Bayaran dikaunter BSN ke akaun No : 0710029000318157   ,  Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

8. Apakah Nombor Akaun BSN KMPP?

No Akaun Bank Simpanan Nasional KMPP:  0710029000318157

9. Apakah keperluan minimum peribadi yang perlu dibawa?

 

Pelajar Lelaki

 

1

Kemeja berlengan panjang

3 helai

2

Seluar panjang (slack) berwarna gelap

3 helai

3

Tali Leher

2 helai

4

Baju Melayu (Pelajar Islam)

1 pasang

5

Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam)

1 buah

6

Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam)

2 pasang

7

Baju T berkolar

3 helai

8

Bantal

1 biji

9

Selimut

1 helai

10

Kasut / PVC

1 pasang

11

Kasut Sukan

1 pasang

12

Sarung kaki

3 pasang

13

Seluar trek

2 helai

14

Sarung bantal dan cadar

1 pasang

15

Keperluan peribadi  yang lain (boleh didapati di kedai Serbaneka atau gerai jualan di KMPP)

 
   

Pelajar perempuan

 

1

Pakaian (Sopan dan Kemas) : Baju  kurung/kebangsaan

3 pasang

2

Pakaian Sembahyang  (Pelajar Islam)

2 pasang

3

Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item 8 - 14 seperti untuk pelajar lelaki

 

10. Pemeriksaan Kesihatan (Medical Checkup)

Pemeriksaan kesihatan (Medical checkup) hanya perlu dibuat oleh pelajar  yang mempunyai penyakit kronik atau sebarang penyakit yang perlu dimaklumkan kepada pihak kolej. Surat pengesahan doktor berkenaan penyakit juga perlu dilampirkan.

11. Pertukaran Jurusan

Jurusan
Peringkat Kelulusan
Dokumen Sokongan
Jurusan Sains
Modul I/ Modul II / Modul III
Kolej Matrikulasi
(i) Isi borang

(ii) Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga

(iii) Salinan Keputusan SPM
Jurusan Sains ke Jurusan Perakaunan
Kolej Matrikulasi
Jurusan Perakaunan ke Jurusan Sains
BMKPM Putrajaya
(melalui Kolej Matrikulasi)
Jurusan Sains ke Jurusan Teknikal
BMKPM Putrajaya
(melalui Kolej Matrikulasi)
Program Satu Tahun ke Program Dua Tahun
Kolej Matrikulasi
Program Dua Tahun ke Program satu Tahun
BMKPM Putrajaya
(melalui Kolej Matrikulasi)

12. Sekiranya pelajar kembar dan inginkan mendaftar di matrikulasi yang sama/pertukaran Kolej Matrikulasi?

Boleh mendapat kebenaran dari BMKPM melalui surat permohonan pertukaran ataupun telefon(03-88844083; Bahagian Pengambilan & Penempatan Pelajar).

Syarat Peringkat Kelulusan Dokumen Sokongan
1. Adik beradik dan kembar BMKPM Putrajaya

i. Borang permohonan

ii. Surat Akuan/permohonan Ibubapa/Penjaga

iii. Salinan Kad Pengenalan (kedua-dua beradik / kembar)

2. Masalah Kesihatan Pelajar
(Kronik)
BMKPM Putrajaya


i. Borang permohonan

ii. Surat Akuan/permohonan Ibubapa/Penjaga

iii. Akuan atau laporan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Kerajaan/Hospital Kerajaan/Hospital Pakar Sahaja

3. Ibubapa bertukar tempat kerja
  • Borneo - Semenanjung
  • Semenanjung - Borneo
BMKPM Putrajaya

i. Borang permohonan

ii. Surat Akuan/permohonan Ibubapa/Penjaga

iii. Akuan Majikan

13. Mohon mendaftar lambat?

  • Tidak boleh.
  • Sekiranya sakit dan masih berada di hospital/mengerjakan umrah mohon buat surat rayuan kepada BMKPM Putrajaya melalui Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  • Faks : 04-5757597 @ pos.
  • (Sertakan surat rasmi nama, no. kad pengenalan, sebab dan no.telefon dan lampirkan tiket penerbangan sebagai bukti hantar sebelum hari pendaftaran).

14. Sekiranya sedang menjalani latihan PLKN?

  • Mohon pelajar tangguh dari PLKN
  • Tunjukkan surat tawaran dan slip pembayaran yuran kepada pihak PLKN kemudian daftar pengajian

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

We have 68 guests and no members online

You are here:   HomeInformasi PentadbiranFAQPendaftaran Pelajar Sesi 2013/2014
| + -

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090/5759871/5750836/5750758
Fax: 604-5757389/5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.