Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 28 OGOS 2020 – Sambutan Semarak Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-63 tahun disambut meriah oleh warga KMPP pada Jumaat, 28 Ogos 2020. Majlis bermula dengan pelepasan konvoi perarakan motosikal berkuasa tinggi daripada kumpulan NORTHERN VERSYS OWNERS GROUP ( NVOG ) dan pasukan berbasikal kolej yang terdiri daripada beberapa pelajar terpilih pada jam 2.45 petang. Konvoi bermula di hadapan Pejabat Pentadbiran KMPP dan berakhir di Dewan Al Farabi. Jalur Gemilang berkibar megah mengelilingi kolej bersama konvoi tersebut. Tepat jam 3.00 petang, nyanyian lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita bergema di Dewan Al-Farabi, diikuti oleh lafaz ikrar yang diketuai oleh saudara Muhammad Nabil Asyraaf bin Mohd Sofi.
Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa hanya 10% daripada 32.7 juta rakyat Malaysia yang menghayati makna kemerdekaan. Generasi baharu tidak menghayati maksud kemerdekaan kerana mereka tidak melalui zaman keperitan menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Deklamasi sajak daripada pensyarah dan kakitangan kolej disampaikan selepas itu manakala Bicara Merdeka oleh Jemputan Khas iaitu Tn Hj Muhammad Rafie bin Yaacob, Pengetua Sek Men Keb. Kepala Batas diteruskan selepasnya. Di antara intipati bicaranya adalah;
Beliau mengakhiri bicaranya dengan menyeru hadirin, JADILAH BANGSA BERTAMADUN, BERETIKA danMERDEKA serta sambutlah merdeka dengan acuan dan cara kita sendiri.
Semarak Merdeka diakhiri dengan nyanyian 3 buah lagu PATRIOTIK oleh kumpulan KOIR kolej. Acara tamat pada jam 4.30 petang.
We have 12 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |