Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 7 OGOS 2020- Pendaftaran Pelajar Baharu di KMPP bagi kemasukan sesi 2020/2021 dilaksanakan selama 3 hari bermula 3 hingga 6 Ogos mengikut kluster. Proses pendaftaran ke asrama berjalan lancar dengan bantuan pegawai-pegawai , kakitangan KMPP serta para sukarelawan. Kaedah dan aliran pendaftaran agak berbeza pada sesi ini kerana penularan pandemic Covid-19. Perlaksanaan normal baharu semasa proses pendaftaran dan kemasukan pelajar ke kompleks kediaman hanya membenarkan seorang waris dan seorang pelajar untuk berurusan.
Penjarakan sosial turut diamalkan dalam semua aktiviti seperti sesi taklimat bersama pelajar, latihan dalam kumpulan dan solat berjemaah. Pengendalian sesi taklimat oleh penagarah kolej dan beberapa pegawai kolej yang lain dilaksanakan sepanjang tiga hari mengikut kluster dan dijalankan di Dewan Al-Farabi serta ditonton secara lintas langsung dari lima buah dewan kuliah.
Lebih banyak gambar menarik boleh diperolehi di KMPP Photobase
We have 22 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |