Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 6 JULAI 2020- Growmind Blastersadalah nama kumpulan yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Idea kepada penubuhan kumpulan ini yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah unit kimia,fizik dan biologi telah diilhamkan oleh Ketua Jabatan Sains, En. Noorhisam bin Samsuddin dan diketuai oleh En. Nassry Asmady bin Abu Bakar serta dianggotai oleh 11 orang pensyarah Jabatan Sains. Kumpulan ini telah komited dalam menjalankan beberapa siri ujikaji dalam menghasilkan hand sanitizer yang berkualiti dan terbukti keberkesanannya. Rentetan dari usaha ini ialah kejayaan berkolaborasi dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berinovasikan serai yang diberikan nama 'Lemon grass hand sanitizer'. Projek kolaborasi KMPP bersama Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) turut dijayakan oleh Alumni USM dan Solid Chemistry Enterprise bermula 15 April 2020.
Pada tanggal 1 Jun 2020 yang lalu, Profesor Dr. Habibah A Wahab, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, USM telah berbesar hati menyerahkan sumbangan 80 Liter Lemon Grass Hand Sanitizer yang dianggarkan nilai pasaran sebanyak RM8000kepada Tn Hj Rozaini bin Ahmad, Pengarah KMPP. Lanjutan daripada itu, kumpulan ini telah bertungkus lumus dalam menyiapkan aktiviti melabel dan membotolkan 'Lemon grass hand sanitizer' bagi memenuhi hasrat untuk membekalkan kepada seluruh warga KMPP. Pada 3 Julai 2020, produk ini secara rasminya telah diserahkan secara percuma kepada setiap warga KMPP.
Disamping penghasilan produk sanitizer ini, kumpulan ini juga telah bekerjasama dengan pihak alumni USM dalam menyediakan cecair nyahkuman dari bahan organik dengan haruman pudina untuk kegunaan aktiviti SOP di sekitar kawasan kompleks akademik di KMPP.
Terkini pada 6 Julai 2020, Pengarah KMPP, Tn Hj Rozaini bin Ahmad telah menyerahkan produk inovasi Kumpulan Growmind Blasters iaitu Lemon Grass Hand Sanitizer dan Surface Disinfectant kepada wakil pengarah BMKPM. Semoga projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini mendapat sokongan dari pihak BMKPM, pihak pengurusan KMPP dan seluruh warga KMPP dalam usaha bersama menangani penularan COVID-19 yang melanda negara kita secara amnya.
We have 23 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |