Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 5 MAC 2020- Perhimpunan Bulanan Pensyarah dan Staf KMPP diteruskan lagi bagi bulan Mac 2020 di Dewan Kuliah 1. Pada Perhimpunan ini para pensyarah dan staf diberikan taklimat mengenai Aktiviti Kesarjanaan oleh Dr. Azman Mohd Noh pensyarah Biologi KMPP merangkap Penyelaras RND kolej.
Beliau membentangkan bidang aktiviti kesarjanaan yang boleh diterokai oleh pihak pengurusan dan pensyarah serta KPI yang ingin dicapai. Manakala Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Pengarah KMPP dalam ucapannya turut menekankan penglibatan pihak pengurusan serta pensyarah dalam sebarang aktiviti kesarjanaan untuk meningkatkan tahap kemahiran serta profesionalisme sebagai seorang pendidik.Disamping itu, Tuan Pengarah turut menekankan kualiti kerja, peningkatan akademik dan kemenjadian pelajar.
We have 13 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |