March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

KEPALA BATAS, 9 Jun 2018 - Sambutan Ihya Ramadhan telah diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang bermula dari 24 Mei 2018 sehingga 12 Jun 2018. Antara program yang dijalankan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini ialah, iftar jamaie setiap hari di Surau Annur. Juadah berbuka disediakan oleh para pelajar hasil daripada sumbangan para waris, pensyarah, staf dan orang ramai.

Selain daripada itu, sahur dan moreh juga disediakan pada setiap malam minggu. Setiap malam, solat tarawih diadakan dan pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang sekolah tahfiz dan sekolah agama dipilih menjadi imam dan bilal.

Kemuncak sambutan adalah Iftar Perdana yang telah diadakan di dewan Al Farabi yang melibatkan semua pelajar termasuk pelajar bukan muslim, pensyarah dan pihak pengurusan KMPP. Iftar Perdana ini diadakan pada 7 sehingga 9 Jun 2018 mengikut giliran berdasarkan blok-blok kediaman pelajar.
 
Majlis khatam Al Quran  telah dilansungkan pada hari Sabtu, 9 Jun 2018 jam 6.00 petang di Surau Annur. Dalam majlis itu turut di adakan penyampaian saguhati kepada imam dan bilal serta cenderahati kepada peserta tadarus. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, En Mohamad Hazrin bin Mazly. Sambutan Ihya Ramadhan ini dianjurkan oleh Pusat Islam KMPP dengan kerjasama penuh dari pihak pengurusan KMPP.​​
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 20 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamIhya Ramadhan 2018
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.