February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

Oleh : Mohd Yusri Omar

KEPALA BATAS, 4 April, 2018.-Program Matrikulasi dihatiku anjuran Unit Kokurikulum, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah memasuki edisi tahun  yang kedua dengan Sek Men Sains Kepala Batas(SMSKB) menjadi sasaran pada tahun   ini. Program yang bertujuan untuk mempopularkan Program Matrikulasi dikalangan pelajar sekolah telah berjaya menarik minat seramai 120 orang calon SPM SMSKB. 

Berkonsepkan “ sembang santai” diantara pelajar KMPP dengan pelajar SMSKB, mereka dipertemukan secara bersemuka agar maklumat sebenar kehidupan seorang pelajar Matrikulasi dapat dikongsi bersama. Tanpa ada halangan dan sekatan, budaya belajar yang menarik digambarkan oleh pelajar KMPP secara realiti.

Menurut penyelaras program, Mohd Yusri bin Omar, idea program Matrikulasi diHatiku terhasil dari sumbangsaran pensyarah-pensyarah Unit Kokuriukulum KMPP dalam menggalakkan penyertaan pelajar lepasan SPM untuk mendaftar sebagai pelajar Matrikulasi. Seramai 40 orang  pelajar KMPP yang terbukti cemerlang dalam bidang pengajian di Matrikulasi ” turun padang” untuk meyakinkan masyarakat bahawa Matrikulasi adalah pilhan institusi yang terbaik untuk meneruskan skop pengajian sebelum memasuki universiti awam Malaysia (UAM).Bermodalkan yuran pendaftaran yang kompetitif dan lalauan pantas ke UAM, pelajar SMSKB didedahkan secara terbuka kelebihan belajar di Matrikulasi. Ini amat berfaedah dalam mempopularkan Program Matrikulasi agar ianya menjadi keutamaan dan pilihan masyarakat semasa.

Secara keseluruhan, program “Matrikulasi diHatiku” adalah situasi menang-menang antara sekolah dan Program Matrikulasi. Pembinaan sahsiah diri dan motivasi yang tinggi semasa berinteraksi digilap oleh pelajar KMPP semasa “sembang santai” dengan pihak SMSKB. Maklumat terus dan telus dari wakil KMPP telah memberi input terkini kepada pelajar SMSKB untuk menjadikan Program Matrikulasi sebagai pilihan pertama setelah meninggalkan alam persekolahan.

 

        

 

       

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 29 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamMatrikulasi Dihatiku, Itulah Destinasiku
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.