Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 3 April 2018 - Projek Inovasi Dan Kreativiti KMPP, Kumpulan Al Azhar telah melangkah setapak ke hadapan berikutan termeterainya memorandum perjanjian antara KMPP dan pihak Pusat Zakat Pulau Pinang. Projek ini adalah berkaitan perkongsian pintar, ‘at taawun’ dan ‘al wakalah’ antara kedua-dua belah pihak yang membabitkan kutipan zakat dari kakitangan KMPP dan agihan semula zakat tersebut kepada pelajar KMPP yang layak.
Majlis ringkas penyerahan dokumen rasmi MOA telah diadakan di Bilik Mesyuarat Besar KMPP oleh pihak Pusat Zakat Pulau Pinang yang diwakili oleh Penolong Pengurus Besar Jabatan Kutipan dan Pemasaran, Ustaz Muhamad Fuad bin Md Isa dengan Pengarah KMPP. Tuan Hj Abdul Manaf bin Musa.
We have 16 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |