Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 16 Mac 2018 - Program Usahawan Muda Global 2018 telah diadakan selama empat hari di KMPP bermula daripada 13 sehingga 16 Mac 2018. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Ceramah Keusahawanan dan Program Rintis Niaga Keusahawanan 2018.
Penceramah jemputan untuk program Ceramah Keusahawanan iaitu Pengasas Herbagus, Tuan Azuki Bin Tahir telah berkongsi idea dan pengalaman bagaimana beliau telah berjaya menjadi seorang usahawan produk makanan kesihatan.
Perasmian Program Rintis Niaga Keusahawanan 2018 telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tn Hj Abdul Manaf Bin Musa. Tuan Pengarah telah dibawa melawat gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar jurusan Perakaunan diiringi oleh Timbalan Pengarah KMPP, Pn Latiza Binti A Latif serta barisan Ketua-ketua Jabatan KMPP. Sebanyak 24 buah gerai telah mengambil bahagian dalam Program Rintis Niaga yang melibatkan gerai-gerai jualan makanan, minuman serta pakaian. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai selok-belok perniagaan.
We have 30 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |