Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
BERTAM, 16 Mac 2018- seramai 256 orang pelajar dan 19 orang pensyarah yang terdiri daripada 7 orang Pensyarah Ekonomi, 8 orang Pensyarah Pengurusan Perniagaan dan 4 orang Pensyarah Perakaunan telah menghadiri Majlis Makan Malam Perakaunan sesi 2017/2018 bertempat
di Penang Golf Resort. Tuan Hj Abdul Manaf bin Musa (Pengarah), Puan Latiza binti A.Latif (Timbalan Pengarah), Encik Noorhisam bin Samsuddin (Ketua Jabatan Sains) dan Encik Norrizal Bin Abdul Razak (Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas) turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis.
Objektif majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara pelajar dan pensyarah perakaunan. Majilis yang bertemakan ‘GLITZ AND GLAM NIGHT’ ini dimulakan dengan ketibaan Pengarah bersama tetamu VIP, diiringi dengan ‘flower girls’ serta gimik pembukaan ‘Cindrella Ball Scene’. Majlis juga telah dihiburkan dengan persembahan lakonan "James Bond' oleh pelajar-pelajar Perakaunan.
'King and Queen of The Night' telah dianugerahkan kepada Muhammad Ainul Syafiq dari kelas A6P07 dan Nur ‘Ainni dari kelas A3P06. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dengan gimik penutupan ‘Cindrella Heel Fitting Scene’ dan perarakan keluar Pengarah dan tetamu VIP yang lain.
We have 23 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |