Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
GRIK, 3 Mac 2018 - Unit Sains Komputer dengan kerjasama beberapa tenaga dari unit lain telah berjaya melalui 2 hari penuh lasak di Hutan Royal Belum dan Tasik Banding untuk menjayakan program pembinaan kumpulan cemerlang unit bagi tahun 2018.
Program yang disertai oleh 25 orang pensyarah dan staf ini memerlukan semua peserta bermalam di atas rumah bot 2 tingkat dengan bantuan 6 orang fasilitator luar. Pelbagai aktiviti menarik secara berkumpulan telah dijalankan seperti pertandingan memancing, berakit dan meredah hutan. Keindahan hutan dan suasana nyaman di tasik berjaya mengubati penat lelah peserta selama 2 hari di sini.
We have 25 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |