March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

KEPALA BATAS, 18 DISEMBER 2017 - Kelab Sekretariat Rukun Negara Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) di bawah seliaan Jabatan Pengurusan Pelajar telah menganjurkan Program Kemasyarakatan 1 SRN 1 Komuniti selama 3 hari, 15 - 17 Disember 2017 di SK. Pos Pewor Sg. Siput Perak. Program itu melibatkan seramai 35 orang pelajar KMPP , 5 orang pensyarah pengiring , Badan NGO Kembara At-taqwa Solution dan seluruh peduduk Kampung Orang Asli Pos Perwor, Sg. Siput, Perak.

 

Hampir 600 orang masyarakat orang asli diraikan dalam Program Kemasyarakatan 1 SRN 1 Komuniti itu. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat sungguh membanggakan. En. Mohamad Ibrahim Bin Ngah Sahib , Guru Besar Sek.keb. Pos Perwor menyatakan bahawa program julung kali yang diadakan itu mendapat sambutan di luar jangkaan beliau. Program 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti senam robik, Kem Amali Solat bagi anak-anak orang asli yang beragama Islam, kelas bahasa Inggeris dan Matematik yang dipimpin oleh pelajar-pelajar KMPP. Kaum ibu bergotong-royong menyediakan makanan untuk makan tengah hari dengan pelbagai menu masyarakat orang asli seperti nasi di dalam buluh, ubi kayu bakar,  ayam yang dimasak di dalam buluh, lemang tepung yang dimasak di dalam buluh dan ubi kayu lenyek yang dibakar di dalam buluh. Kaum bapa pula bersama-sama pelajar KMPP bergotong-royong menyediakan jambatan kayu merentasi sungai di kampung tersebut. Jambatan itu hasil idea En. Mohamad Ibrahim Bin Ngah Sahib, Guru Besar SK. Pos Perwor. Selain itu, satu ceramah motivasi tentang kesedaran pendidikan telah diberikan kepada para ibu bapa Kampung Orang Asli Pos Perwor dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Sukaneka juga telah diadakan. Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan ialah pertandingan meyumpit untuk lelaki dewasa, menganyam tempok untuk wanita, membawa bola ping pong dengan sudu, meniup belon sampai pecah dan mengutip gula-gula. Pengisian rohani turut diterapkan dalam program itu seperti solat berjemaah dan tazkirah yang dikendalikan oleh En. Mohd. Hazrin b. Mazly. Pelajar KMPP juga berpeluang bersama-sama penduduk kampung menarikan tarian sewang.

Majlis penutup  Program 1 SRN 1 Komuniti itu telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM SK. Pos Perwor, En. Zulkifli Bin Abdullah Sani, pada hari terakhir program. Dalam majlis itu, pihak KMPP telah menyampaiakan sumbangan pakaian dan makanan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Perwor. Program 1 SRN 1 Komuniti itu telah mencapai objektif yang disasarkan. Program itu juga telah memberi pengalaman yang sangat berharga kepada para peserta program khususnya para pelajar. Semoga program CSR seperti itu dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 19 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamPROGRAM 1 SRN 1 KOMUNITI
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.