February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

oleh mohd yusri omar

KEPALA BATAS, 5 Ogos 2017- Gaya hidup sihat merupakan satu amalan dan budaya komuniti Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Justeru itu, pada 5 Ogos 2017 satu pertandingan boling khusus untuk warga KMPP  telah diadakan di Park Avenue Bowling, Sungai Petani.Kedah.  Pertandingan Boling anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial (KEBS) KMPP ini dipilih kerana ianya popular dan mudah dimainkan. Seramai 50 orang peserta mengambil bahagian dengan pelbagai kategori dipertandingan meliputi individu, unit, rumah sukan dan veteran. Pertandingan Boling ini  bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli KEBS di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan perpaduan..  Melaluinya, diharapkan agar ahli kelab dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

Lanjutan daripada itu, Unit Sains Komputer telah berjaya merangkul johan boling kebs kategori antara unit dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1447. Manakala rumah kuning menjadi johan bagi kategori rumah sukan. Bagi acara individu dan jatuhan pin tertinggi, johan lelaki telah dirangkul oleh Tuan Hj. Suhaimi dari Unit Matematik Manakala Johan wanita di rangkul oleh Puan Noor Hafizah dari unit fizik.  Tidak kurang hebat, En. Asokan dari Unit Bahasa Inggeris berjaya membawa pulang hadiah  johan lelaki kategori vip dan Pn Natipah bagi kategori  wanita.

Pertandingan yang berlansung selama hampir  tiga jam berjaya menepati objektif utama membina toleransi antara ahli KEBS.Banyak bakat  baru berjaya dicungkil disamping meningkatkan kecergasan mental dan fizikal. Yang paling utama, hasrat dan impian untuk melaksanakan program tercapai dengan kerjasama semua pihak. Semoga KEBS khususnya,KMPP amnya terus cemerlang pada setiap masa.


 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 25 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamBOLING KEBS ERATKAN PERPADUAN WARGA KMPP
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.