March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

KEPALA  BATAS,   9 JUN 2017  -Majlis Anugerah Cemerlang 2016 Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa, Pengarah KMPP dengan penuh ekskusif di Dewan al-Farabi, 9 Jun 2017, 3.00 petang. Seramai 28 orang penerima Anugerah Cemerlang (APC) 2016 diraikan pada majlis itu.

 

Majlis pada petang itu diserikan lagi dengan kehadiran barisan kepimpinan KMPP, para pensyarah dan staf KMPP. Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa, Pengarah KMPP mengucapkan tahniah kepada para penerima APC 2016 dan beliau berharap anugerah itu akan memotivasikan lagi diri mereka untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa depan. Beliau juga meminta semua kakitangan KMPP yang lain agar gigih berbakti demi kecemerlangan pelajar khususnya dan KMPPnya.

Emosi warga KMPP pada petang itu tersentuh dengan deklamasi sajak yang dideklamasikan oleh Pn. Ravichandrika a/p Alagirisamy, Pn. Sabina Rose Alphonse, En. Kelvin Liew Peng Chuan, dan En. Md Rodhi B Md Rejab berkisar dengan tentang pengorbanan guru. Sajak ini dideklamasi dalam empat bahasa; bahasa Melayu, bahasa Jawa, bahasa Mandarin, dan bahasa Tamil. Majlis APC 2016 diakhiri dengan sesi bergambar penerima APC 2016 dengan kepimpinan KMPP.

 

 

 

 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 15 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KMPP 2016
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.