February 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team


 

Berita oleh:shahabudin

PULAU PINANG, 5 JUN 2017- Pendaftaran pelajar baharu Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sesi 2017/2018 pada 5 Jun 2017 berjalan dengan lancar. Seramai 2204 pelajar baharu telah mendaftar pada sesi itu; Jurusan Sains, 1901 orang  dan Perakaunan, 303 orang.

Semasa hari pendaftaran, satu taklimat telah disampaikan kepada waris oleh Tuan Hj Abdul Manaf bin Musa, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Dewan Al-Farabi KMPP. Para waris diberi peluang seluasnya untuk berinteraksi dengan kepimpinan KMPP  tentang program matrikulasi khususnya dan KMPP amnya.

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) sesi 2017/2018 diadakan selama 3 hari. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Latihan dalam kumpulan (LDK) bersama Coach MEP, taklimat asrama, taklimat pertukaran jurusan dll. Pengisian program MPPB diharap dapat menyuntik semangat dan memberi panduan kepada para pelajar untuk berjuang dengan gigih di KMPP. MPPB sesi 2017/2018 ditutup dengan rasminya oleh  Tuan Hj Abdul Manaf bin Musa, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 7 Jun 2017, pukul 2.00 petang di Dewan A-Farabi KMPP.

Pihak Kolej merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan warga KMPP atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pendaftaran pelajar khususnya dan MPPB amnya.

 


Hebahan terkini dari Jawatankuasa Kaunter Maklumat & Perhubungan Pelanggan

 


Pengarah KMPP berbual mesra dengan waris pelajar.


Semakan dokumen pelajar.


Pendaftaran pelajar di Makmal Komputer


Sesi tangkap gambar untuk Kad Pelajar.


Pengarah KMPP menyampaikan taklimat khas untuk para waris.


Sesi soal jawab semasa Taklimat Waris di Dewan Al-Farabi.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 17 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamSelamat Datang ke KMPP
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.