Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
PULAU PINANG, 8 Mac 2017 – Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan English Extravaganza 2016/2017 dari bulan Januari - Mac 2017 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) . Pada tahun ini, ‘tagline’ ‘#comMUETnicate’ telah dipilih sempena Ujian MUET yang akan diduduki oleh pelajar-pelajar KMPP pada bulan Februari dan Mac 2017.
Program itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian para pengunjung. Antaranya ialah #MUET Board Games, #MUET Acrostic, #MUET Parody Video Competition, #MUET Puntastic, #MUET Games & Apps,#MUET Guess The Band, #MUET Pick Up Lines , #MUET SkaThink, seminar MUET Guidance, dan mural berasaskan kesalahan biasa dalam komunikasi Bahasa Inggeris yang diilhamkan oleh pelukis jalanan yang menghiasi Foyer Pusat Sumber KMPP.
Para pengunjung English Extravaganza juga dihiburkan oleh pemuzik buskers yang terdiri dalam kalangan pelajar-pelajar KMPP. Pihak penganjur juga telah menganjurkan #MUET Rubik’s Cube Challenge untuk mengumpul dana bagi membantu dua orang pelajar KMPP , Harith Luqman bin Bahrin dan Nazrin Afzal bin Mohd. Basir Selvam yang akan menyertai Kejuaraan “Rubik’s Cube” Antarabangsa di Paris, Perancis pada bulan September 2017.
Perasmian Penutupan English Extravaganza 2016/2017 disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa. Majlis itu dimeriahkan dengan ucapan pengarah dan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada sepuluh pelajar-pelajar terbaik bagi #Mock MUET yang diadakan pada 4 Februari 2017.
We have 13 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |