Sekitar Majlis Iftar Sepanjang Bulan Ramadan Anjuran Surau Al Husna KMPP

Pic1

Surau Al-Husna Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Iftar sepanjang bulan Ramadan, bertujuan untuk mempereratkan ikatan kekeluargaan di kalangan pelajar dan staf kolej.

Majlis iftar yang diadakan di Surau Al-Husna merupakan salah satu program rutin yang diatur setiap tahun semasa bulan Ramadan. Majlis ini menyediakan lebih daripada 500 pek makanan untuk pelajar dan staf kolej. Majlis ini juga mendapat sambutan bukan sahaja dikalangan penganut agama islam malah pelajar-pelajar yang bukan islam juga sama-sama datang memeriahkan lagi majlis.

Pihak pentadbiran surau dan badan-badan pelajar kolej telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memastikan kejayaan majlis iftar ini. Keprihatinan dan sokongan dari pelbagai penyumbang yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan sokongan serta individu yang prihatin, telah membolehkan majlis ini dijalankan dengan lancar dan meriah.

Majlis seperti ini adalah penting untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan staf kolej, serta untuk mengeratkan lagi ikatan keagamaan dalam kalangan komuniti kolej matrikulasi Pulau Pinang. Program-program keagamaan dan kebudayaan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan di kolej matrikulasi ini turut menjadi wahana bagi pelajar untuk memahami nilai-nilai keagamaan serta memperluaskan lagi pengalaman sosial mereka.

Pic2 Pic3

Pic4 Pic5

 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account