English Week Xtravaganza 2024


Pic1

Pada 7hb Mac 2024 – Unit Bahasa Inggeris KMPP telah menganjurkan English Week Xtravaganza 2024 yang berlangsung pada 6hb Mac 2024 sehingga 7hb Mac 2024. English Week Xtravaganza 2024 yang bertemakan ‘FLORA & FAUNA: Rhyme in Nature’ ini merupakan program tahunan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dan seterusnya meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. English Week Xtravaganza 2024 dapat merealisasikan hasrat ini melalui pelbagai aktiviti dan program terancang khusus untuk melahirkan murid yang mempunyai ketrampilan berbahasa dan menguji bakat serta meningkatkan keyakinan diri. Semua pelajar KMPP dan 29 orang pensyarah Bahasa Inggeris terlibat  dalam menjayakan English Week Xtravaganza 2024 ini.

Terdapat banyak pertandingan yang telah dijalankan; antaranya DIY Video, Fruit Deco, KMPP Idol, Cosplay, Poem Recitation dan Debate Competition. Pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi atas penglibatan dalam setiap pertandingan yang dijalankan. Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang ditawarkan sepanjang 2 hari tersebut iaitu Win, Lose or Draw, Spot Talk, Pop Quiz, dan Board Games. Pelajar tidak putus-putus berkunjung ke booth permainan dan turut mencuba bermain permainan yang disediakan. 

Pic2 Pic3

Pic4 Pic5

 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account