Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 3 FEBRUARI 2017 – PASTEKS telah mengadakan Bengkel Pengacaraan Majlis kepada para pensyarah baharu pada minggu yang lalu. Bengkel sehari itu berlangsung dalam suasana yang kondusif dan ceria di Bilik Seminar KMPP.
Bengkel itu bertujuan untuk mengcungkil dan mengembangkan bakat para pensyarah baharu dalam bidang pengacaraan majlis. Bengkel itu juga cuba menyediakan barisan pelapis pengacara majlis di KMPP. Seramai 20 pensyarah baharu terlibat dalam bengkel itu.
En. Azizan b. Saari, Unit Kemahiran Dinamika dan En. Norfizin bin Yusoff, Unit Fizik diberikan kepercayaan mengendalikan bengkel itu. En. Azizan b. Saari telah berkongsi ilmu dengan ceramah beliau, ‘Puisi dalam Pengacaraan Majlis’. Dalam bengkel itu, para pensyarah baharu didedahkan dengan teknik melafazkan puisi dalam teks dengan betul, nada, jeda, sebutan, dll. Suasana yang ceria dan mesra antara peserta dan moderator bengkel memudahkan perkongsian ilmu.
Para peserta bengkel telah membuat pengacaraan secara berpasangan untuk mempraktikkan ilmu-ilmu yang diperoleh dalam bengkel. Dalam ulasan penutup bengkel, En. Norfizin bin Yusoff mengucapkan tahniah dan berpuas hati atas pencapaian yang amat mengggalakkan para peserta. Beliau berharap para peserta terus belajar untuk meningkatkan dan memantapkan lagi kemahiran diri dalam bidang pengacaraan majlis.
We have 24 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |