Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
oleh mohd yusri omar
KEPALA BATAS, 17 DISEMBER 2016 - Kelab Kebajikan dan Sosial KMPP (KEBS), mencipta sejarah tersendiri sejak penubuhannya, berjaya mengendalikan satu himpunan acara pensyarah dan kakitangan KMPP dengan penuh keriangan dan semangat kekitaan. Hasil perancangan yang jitu dan barisan pengurusan KEBS yang berwibawa, warga staff menikmati sebanyak 17 acara “indoor “dan”outdoor “dengan pembahagian rumah sukan Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Tanpa mengira pangkat dan kedudukan,wakil peserta keempat-empat rumah sukan memberikan komitmen begitu tinggi dalam memastikan kejayan milik rumah sukan masing-masing.
Pentas Hari KEBS diwujudkan agar keluarga KMPP lebih mengenali antara satu sama lain. Watak dan karekter sebenar individu dapat dicungkil melalui acara-acara sukan seperti tarik tali, sepakraga bulat, galah panjang, tangkap belon air yang memerlukan kerjasama sepasukan agar kemenangan dapat diraih sepenuhnya. Siapa sangka ketua KIK berjaya mengesan lubuk ikan di LV , hingga muncul pemenang kategori memancing mahupun kelunakkan suara wakil rumah kuning dalam acara talentime yang memukau setiap yang hadir. Banyak bakat terpendam berjaya dikesan yang begitu kontras dengan penampilan waktu rasmi bekerja.Fenomena ini memenuhi objektif organisasi besar seperti KMPP yang memerlukan setiap ahli keluarga saling kenal-mengenali agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh efisyen.
Biarpun keletihan mengharungi pelbagai aktiviti selama hampir 300 minit , riak airmuka penuh kepuasan terpancar setelah rumah merah diumum sebagai johan keseluruhan HARI KEBS 2016 dengan pungutan 77 mata.Buat yang berjaya tahniah diucapkan. Buat yang kurang berjaya, ini menjadi peransang untuk rumah sukan yang lain di masa hadapan. Kejayaan sebenar adalah milik kiita semua.Yang paling penting setiap individu yang hadir gembira dan menghayati maksud yang tersurat dan tersirat kearah mewujudkan warga KMPP yang cemerlang pada setiap masa.
Ucapan Pengarah KMPP
Acara slow ride
Acara Musical chair
Permainan tradisional congkak
Acara tarik tali
We have 9 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |