KMPP:Naib Johan KAKOM 2023

SlideShowKakom Result

2 Oktober 2023 - Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berjaya merangkul gelaran naib johan keseluruhan KAKOM 2023 yang diadakan pada 28 September hingga 2 Oktober 2023. Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Tangkak  diberikan penghormatan menjadi tuan rumah bagi Karnival Kokurikulum Matrikulasi pada tahun ini . Kontinjen KMPP seramai 129 orang pelajar dan 30 orang pegawai yang merupakan urusetia, jurulatih dan pengurus pasukan. Encik Kamarul Baharin bin Abdul Latif, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar bertindak selaku Ketua Kontinjen KMPP. Kegembiraan KMPP pada kali ini adalah pada kejayaannya merangkul 6 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. 

2 Pingat emas diperolehi menerusi kemenangan pemain perseorangan badminton lelaki dan perempuan, 1 pingat emas lagi menerusi pasukan bola tampar perempuan,seterusnya tiga pingat emas menerusi acara olahraga. Manakala 2 pingat perak diperolehi menerusi pasukan skuasy lelaki dan olahraga. Seterusnya 2 pingat gangsa menerusi pasukan bola tampar lelaki dan daripada acara olahraga. Keseluruhannya  KMPP telah membawa pulang 10 pingat kembali ke Kepala Batas, Pulau Pinang

Kakom08
Kakom10
Kakom11
Kakom12
Kakom13
Kakom15
Kakom16
Kakom17
Kakom9
Kakom14

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account