MAJLIS SAMBUTAN MAULIDULRASUL PERINGKAT KMPP 2023

 Penceramah

 29 September- Majlis sambutan Maulidul Rasul peringkat KMPP telah diadakan dengan melibatlan semua pelajar dan kakitangan Muslim KMPP. Program telah bermula selepas solat Jumaat yang bertempat di Dewan Al-Farabi KMPP. Program ini didahului dengan bacaan doa dan bacaan Al-Quran oleh Saudara Wan Darwisy Bin Wan Mustaffa Kamal. Sambutan ini dihiasi dengan persembahan Qasidah dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW oleh semua pelajar KMPP. Kemuncak bagi majlis sambutan Maulidur Rasul ini adalah Forum santai yang bertajuk “Rasulullah Kau Penyuluh Hidupku”. Forum ini disampaikan oleh dua ahli panel jemputan  iaitu Ustaz Hafifi Bin  Don dan Ustaz Azizi Bin Roslan serta moderator forum saudara  Aiman Khalid iaitu pelajar KMPP. Majlis ini disambut dengan gilang-gemilang oleh semua warga KMPP. Program ini mula menutup tirai dengan persembahan nasyid yang dialunkan oleh pelajar KMPP. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidul Rasul 2023.

 

Menang Banner
Pelajar Lelaki
Sepanduk 1
Pelajar Perempuan

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account