PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya memberikan sepatah dua kata  dalam laman web Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web ini. Semoga laman web ini  menjadi medium untuk masyarakat luar lebih mengenali Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Untuk makluman,  laman web ini  memaparkan makluman rasmi serta berita  pelbagai aktiviti yang melibatkan warga kolej dari semasa ke semasa.

Akhir kata saya mengucapkan setinggi penghargaan  kepada Jawatankuasa Laman Web Kolej dan Unit Teknologi Maklumat serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan mengemaskinikan laman web rasmi KMPP ini.  Saya berharap, laman web ini dapat memberi manfaat kepada para pengunjungnya.

Sekian, Terima Kasih.

Puan Asiah Binti Mat
Pengarah

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account