March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

berita oleh: Yusri Omar
Suntingan:Azizan Saari


KEPALA BATAS, 8 OKTOBER 2016 - Sempena Hari Sukan Negara, warga KMPP sehati dan sejiwa menyahut hasrat kerajaan untuk membentuk Negara Bersukan dalam kalangan warga KMPP khususnya dan warga Malaysia amnya. LARIAN KAKOM 2016 menjadi teras Sambutan Hari Sukan Negara di KMPP. Larian itu bertujuan untuk menampilkan warga KMPP yang sihat, cergas dan unggul. Pelbagai   karakter warga KMPP terserlah melalui aktiviti yang disertai mereka seperti senamrobik, LARIAN KAKOM 2016 dan sebagainya.  Sambutan Hari Sukan Negara diceriakan lagi dengan warna-warni pakaian warga KMPP dan  ,kibaran bendera.

Tahun 2016 dianggap tahun bertuah kepada warga KMPP kerana sekali lagi diberi penghormatan sebagai tuan rumah Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) Zon Utara yang melibatkan 9 kolej termasuk kolej Mara. Pelbagai acara dipertandingkan dalam karnival ini seperti bola sepak, tenis, bola keranjang dll. Karnival ini memupuk amalan budaya hidup sihat dan cergas  dalam kalangan warga Matrikulasi di samping mengukuhkan lagi semangat kekitaan yang sedia pada keluarga besar warga Matrikulasi. Karnival ini juga diharap dapat menjadi jambatan penghubung antara warga Matrikulasi dengan komuniti setempat melalui pelbagai acara dalam karnival ini. 

Larian KAKOM yang berkonsepkan “fun run” merupakan pengalaman baharu kepada ramai pihak yang terlibat khususnya para pelajar KMPP. Pengalaman mereka berlari sejauh lima kilometer merentasi tali air, rumah kampung dan sawah padi akan menjadi memori terindah.apabila mereka meninggalkan KMPP nanti. Penglibatan JPP sebagai petugas keselamatan dan dokumentasi melancarkan lagi program Larian Kakom sempena Hari Sukan Negara pada tahun ini. Semoga semangat kebersamaan dalam program itu akan merealisasikan impian KMPP  menjulang PIALA KAKOM 2016 Zon Utara sekali menjadi kenyataan.

GO  KMPP. BE THE BEST AND BEAT THE REST

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 40 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamWARNA-WARNI LARIAN KAKOM & HARI SUKAN NEGARA KMPP 2016
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.