Program Pemuliharaan Hutan Bakau

HutanBakau2

25 Julai 2023 – Satu program jaringan komuniti yang dinamakan sebagai Program Pemuliharaan Hutan Bakau Bersama Komuniti (Siri 2) telah berjaya dilaksanakan pada Ahad, 23 Julai 2023, Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam, khususnya dalam kalangan sukarelawan dan penduduk setempat tentang kepentingan menjaga kelestarian dan ekosistem hutan bakau. Program Pemuliharaan Hutan Bakau bersama Komuniti ini dijalankan secara bersiri dengan pelbagai sasaran kelompok komuniti bagi setiap siri yang dianjurkan. Bagi siri 2 ini, sasaran utama siri program ini adalah para sukarelawan yang terdiri  daripada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan penduduk setempat di sekitar Sg. Batu, Merbok, Kedah. Melalui program ini, para peserta telah merasai pengalaman di Hutan Paya Bakau secara “hands on” di mana mereka berpeluang menanam pokok bakau bersama-sama.

Program yang dirancang ini merupakan program di bawah geran Conservation Of Mangrove Forest Via Community Based Educational Activities For Sustainable Development At Sg. Merbok Mangrove Forest Reserve, Kedah yang dibiayai oleh pihak JMA dengan kerjasama Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak Sungai Batu dan penduduk setempat Kampung Batu Besi, Merbok, Kedah. Program ini adalah program yang berbentuk khidmat komuniti bagi tahun fiskal April 2023 – Mac 2024. Di pihak KMPP, Program Pemuliharaan Hutan Bakau ini diadakan bagi meningkatkan pegetahuan dan sumbangan pelajar dalam mengurangkan pemanasan global dan perubahan iklim. Program ini dijalankan dalam bentuk aktiviti penanaman anak pokok bakau dan taklimat    tentang pemuliharaan ekosistem bakau. Program ini telah berlangsung selama satu hari, iaitu bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Sebanyak 350 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di plot yang ditentukan di Kompartmen 11, Hutan Simpan Merbok.

Berita oleh: Zuriana Zulkafli

HutanBakau1
HutanBakau2
HutanBakau5
HutanBakau6
HutanBakau3
HutanBakau4

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account