Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 5 OGOS 2016 - Majlis penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KMPP 2016 kepada 20 orang pelajar yang berjaya dalam pilihanraya JPP pada 15 Julai 2016 yang lalu telah disempurnakan oleh Tuan Husain bin Hitam, Pengarah KMPP. Saudara Ahmad Afif bin Ahmad Adli telah diberi kepercayaan untuk mewakili suara pelajar bagi sesi 2016/2017 ini. Dalam majlis itu barisan kepimpinan pelajar telah melafazkan ikrar di hadapan ribuan pelajar KMPP.
Saudara Ahmad Afif bin Ahmad Adli, Yang Dipertua JPP sesi 2016/2017 berjanji akan memperjuang kebajikan pelajar dan menjaga hubungan yang baik antara pelajar dengan kolej. Tuan Husain bin Hitam, Pengarah KMPP pula menyatakan bahawa penyertaan pelajar dalam gerakan kepimpinan pelajar mampu menguatkan jati diri dan daya tahan pelajar dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompetetif.
We have 13 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |