March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

PULAU PINANG, 15 MAC 2016 - Pada 14 Mac 2016 yang lalu, Unit Bahasa Inggeris telah menganjurkan English Camp for Juniors 2016 bertempat di Pusat Sumber KMPP. Program ini merupakan salah satu projek komuniti sosial yang telah diadakan buat kali kedua dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada anak-anak pensyarah dan staf KMPP.

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda mempelajari Bahasa Inggeris secara santai dan melalui kaedah yang mudah dan menyeronokkan.  Antara aktiviti  yang dijalankan ialah “Ice breaking”, “Fun with adjectives”, “Jingles”, “Spelling bee”, “Pop the vocabulary balloon”, “Pictorial puzzle”, “ Thank You Card” dan “Scavenger Hunt”.  Seramai  65 orang pelajar yang berusia di antara 7 hingga 12 tahun mengambil bahagian. Program dikendalikan oleh Pensyarah Unit Bahasa Inggeris dibantu oleh fasilitator sukarelawan yang merupakan anak-anak Pensyarah Unit Bahasa Inggeris. Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, minat dan kecintaan pelajar-pelajar terhadap subjek Bahasa Inggeris dapat dipupuk dengan jayanya.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 33 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamENGLISH CAMP FOR JUNIOR 2016
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.