March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

PULAU PINANG, 3 Mac 2016 – Acara tahunan anjuran Unit Bahasa Inggeris, iaitu English Extravaganza Carnival Week 2015/2016 telah dilaksanakan pada  1 – 3 Mac 2016. Pada tahun ini, acara ini dianjurkan bersempena dengan World Book Day (3 Mac 2016). Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) adalah institusi yang pertama di luar United Kingdom dan Ireland yang sama-sama meraikan World Book Day.

Selari dengan World Book Day, tapak aktiviti, yang dinamakan Bookville, dihiasi dengan buku-buku pelbagai genre. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang English Extravaganza Carnival Week 2015/2016, iaitu Book Review, Blind Date, KMPP Idol, Chess Corner, Stand-up Comedy, 2016 UNESCO International Essay Contest For Young People, Story Telling & Poetry Recital Competition dan Fiction 2 Films Movie Screening. Para pengunjung Bookville juga dihiburkan oleh buskers terkenal dari AHjEEPBUSKERz dan para pelukis street art sepanjang perjalanan acara.

English Extravaganza Carnival Week 2015/2016 diserikan dengan acara kemuncak Majlis Pelancaran antologi cerpen “KMPP Cendol For The Soul” yang digarap oleh pelajar KMPP sendiri.  Buku ini memuatkan nukilan pelajar berkisarkan suka dan duka mereka dalam Program Matrikulasi secara am dan khususnya di KMPP. Buku tersebut adalah yang pertama seumpamanya di kalangan  Kolej-Kolej Matrikulasi  di  Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah KMPP, En Husain bin Hitam dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan pentadbir dan warga KMPP. Para hadirin bukan sahaja dihiburkan oleh pemuzik jalanan terkenal, Cikgu Man Trombon, malah dijamu dengan cendol istimewa, Cendol Maklom, sempena penyempurnaan majlis.

Pn. Sabina Rose Alphonse selaku penyelaras English Extravaganza Carnival Week 2015/2016 merakamkan rasa bersyukur dan berterimakasih kepada semua pihak, terutamanya En.Norrizal Bin Abdul Razak, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, En.Muhammad Shafiq Syazwan Bin Mohd Ashri, Ketua Unit Bahasa Inggeris, dan ahli-ahli Dream Team English Unit KMPP bagi menjayakan English Extravaganza Carnival Week 2015/2016.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 17 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamENGLISH EXTRAVAGANZA CARNIVAL WEEK
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.