March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

Oleh: Nassry Asmady Bin Abu Bakar

PULAU PINANG, 27 Feb 2016 - Karnival Sains KMPP 2016 kali ke-3, anjuran Jabatan Sains pada 25 -27 Februari 2016, bertempat di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berjaya mencuri tumpuan para pengunjungnya. Penganjuran kali ini lebih bermakna dengan kesudian YBrs. Pengarah Bahagian Matrikulasi, Dr.Haji Zainal Aalam Bin Hj. Hassan menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival . Pengarah BMKPM turut ditemani isteri,Dr.Norizan Binti Ahmad dan Pegawai Personel BMKPM, Dr.Saharawati Binti Shahar. Karnival itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran  10 orang dif-dif jemputan dalam kalangan pengarah kolej matrikulasi dan wakil-wakil kolej.

 

Karnival itu padat dengan pelbagai pengisian yang menarik melalui penglibatan kelab-kelab di bawah Jabatan Sains seperti Kelab Alchemy,Kelab Fizik,Kelab Biologi dan Kelab Astronomi. Sembilan acara dipertandingkan dalam pelbagai disiplin sains sepanjang karnival itu.Karnival itu juga mendapat sokongan yang jitu daripada sepuluh  agensi-agensi kerajaan,badan berkanun dan swasta. Agensi yang terlibat ialah Hospital Besar P.Pinang,Hospital Seberang Jaya,Hospital Kulim,Jabatan Kesihatan Daerah sebarang Perai Utara, Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Perubatan & Pergigian Termaju(IPPT) USM, Majlis Pebandaran Seberang Perai(MPSP), BOMBA & Penyelamat Malaysia Kepala Batas dan Prai, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang serta Eco Garden Plantation Sdn.Bhd.

                Selain warga KMPP, karnival itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar daripada 13 buah sekolah menengah dan rendah sekitar Seberang Perai. Antara sekolah yang hadir ialah SM Sains Kepala Batas, SM(A) Irshad, SM Hj.Ahmad Badawi, SMJK Chung Ling, Butterwoth, SR Pokok Sena, SR Bertam Indah dan lain-lain lagi. Beberapa gerai jualan yang dikendalikan oleh kelab-kelab sains  juga mendapat sambutan yang hangat daripada para pengunjung.

                En. Nassry Asmady bin Abu Bakar selaku penyelaras yang dihubungi berasa bersyukur dengan perjalanan Karnival Sains KMPP 2016 yang dilihat beliau perjaya mencapai objektif penganjurannya.

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 34 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamKARNIVAL SAINS KMPP 2016
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.