KMPP Terima Lawatan Penanda Aras dari KMP

kmp main

9 Februari 2023 – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) menerima Lawatan Penanda Aras daripada Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) pada hari ini. Delegasi KMP seramai 36  orang yang terdiri daripada pensyarah dan pihak pengurusan KMP, diketuai oleh Encik Mohamad Nain bin Jusoh yang mewakili Pengarah KMP. Tujuan lawatan tersebut  adalah untuk mendapatkan perkongsian amalan terbaik KMPP untuk aktiviti Kesarjanaan seterusnya memantapkan aktiviti kesarjanaan di KMP.

Pengarah KMPP dan Jawatankuasa program yang mengendalikan sesi perjumpaan bersama KMP amat mengalu-alukan kedatangan delegasi KMP dan menghargai usaha murni mereka. Antara intipati perkongsian dari Pengurusan KMPP adalah  peninjauan aktiviti yang telah dilaksanakan, perancangan operasi tahun 2023 dan kaedah memotivasikan pensyarah.

Turut dikongsikan adalah taklimat mengenai amalan aktiviti Kesarjanaan yang disampaikan oleh penyelaras Jawatankuasa masing-masing iaitu Dr. Lim Seng Poh  selaku Penyelaras Jawatankuasa RnD, Puan Kazrina binti Mohamed Kassim selaku Penyelaras Jawatankuasa KIK , Puan Hartini Saidin selaku Penyelaras Jawatankuasa  Inovasi dan Puan Kartika Suriyati binti Mohd Salleh selaku Penyelaras Jawatankuasa PLC. Turut diselitkan perkongsian pengalaman  daripada dua orang wakil pensyarah iaitu Dr. Sheila a/p Shamuganathan yang membuat perkongsian mengenai pengalaman dalam bidang RnD. Seterusnya,  Puan Norhishami Ibrahim yang berkongsi pengalaman penglibatan beliau dalam bidang inovasi.

Kmp04
Kmp03
Kmp02
Kmp06

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account