Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 3 Disember 2015: Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan buat julung kalinya pada 3 Disember 2015. Bertempat di Bilik Seminar KMPP, mini konvensyen ini diadakan untuk para peserta KIK melaporkan hasil projek mereka yang telah dijalankan bermula dari awal tahun ini.
Terdapat 6 kumpulan yang mengambil bahagian iaitu Kumpulan Fossil, kumpulan Ultimatum, kumpulan V-Style, kumpulan Test, Kumpulan Ladies Angel dan kumpulan Aurora. Konvensyen yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari ini dirasmikan oleh Pengarah KMPP iaitu Encik Husin Bin Hitam.
Pertandingan ini telah diadili oleh 2 panel juri dalaman iaitu En. Norfizin bin Yusof dan Puan Mazidah binti Md Noor. Setiap kumpulan telah menunjukkan persembahan serta hasil buku projek yang baik , namun Kumpulan AURORA yang merupakan gabungan di antara pensyarah Unit Bahasa Inggeris dan Unit Sains Komputer telah muncul sebagai pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu “Persembahan Terbaik” dan “Projek Terbaik”.
Semoga budaya gerak kerja kumpulan ini sentiasa berkembang mekar dikalangan warga KMPP.
We have 15 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |