Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 10 Oktober 2015 : Meriah dan Bertenaga. Itu kesimpulan terbaik untuk warga KMPP dalam menyahut saranan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk mewujudkan platform baru budaya sukan dikalangan warga Malaysia. Senamrobik dipilh sebagai medium aktiviti kecergasan sempena Hari Sukan Negara kerana ia merangkumi keseluruhan aspek pembentukan individu unggul melalui J.E.R.I.(Jasamani, Emosi, Rohani, Intelektual).
Dengan dibantu instruktor bertauliah dari KBS, warga KMPP yang terdiri dari barisan pengurusan , pensyarah dan pelajar bersama-sama mengikuti setiap rutin aktiviti senamrobik dengan penuh kesungguhan dan iltizam. Biarpun ada yang kaku macam batu, gerakerja yang tak membantu, diiringi gelak-ketawa sesama sendiri, ini semua memberi inspirasi untuk melakukan aksi yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.Alunan irama pelbagai tempo selama hampir 45 minit sepanjang aktiviti senamrobik dijalankan menceriakan semua yang hadir. Variasi gaya yang tersusun oleh tiga orang instruktor berpengalaman dan terlatih menghidupkan sambutan hari sukan negara peringkat KMPP pada tahun ini.
Biarpun negara dibayangi oleh fenomena JEREBU pada minggu sebelumnya, riak airmuka penuh kepuasan setelah berakhirnya irama lagu terakhir aktiviti SENAMROBIK menandakan warga KMPP juga prihatin tentang semangat bersukan dan kecergasan.Apa yang paling penting setiap individu yang hadir gembira dan menghayati maksud yang tersurat dan tersirat kearah mewujudkan masyarakat MATRIKULASI yang BERKUALITI.
Syabas KMPP. Ke arah melahirkan insan seimbang dan berbudaya sukan.
berita oleh: mohd yusri omar
Foto oleh: Mazlina Ahmad
We have 6 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |