Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat.
KEPALA BATAS, 15 September 2015 – Majlis Penutup Sambutan Bulan KemerdekaanPeringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Farabi. Perasmian penutup program ini disempurnakan oleh Pengarah KMPP, En. Husain bin Hitam.
Malam yang penuh gemilang ini dimulakan dengan tabik hormat pasukan kawad kaki KMPP kepada Tuan Pengarah. Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh warga KMPP. Dalam ucapan perasmian penutup, Tuan Pengarah menzahirkan kekaguman beliau akan semangat patriotik yang dipamerkan pada wajah warga KMPP pada malam itu. Selepas penyempurnaan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengarah kepada para pemenang yang terlibat dalam pelbagai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan, majlis diserikan lagi dengan persembahan koir, nyanyian, pidato, sajak dan lain-lain.
Kehangatan malam yang penuh gemilang ini disemangatkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil mengibar-ngibarkan Jalur Gemilang oleh warga KMPP. Bumi KMPP digempitakan dengan laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali yang dipimpinan oleh En. Mohd. Hafiz Kamilin. Malam yang penuh makna kepada warga KMPP ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api untuk menzahirkan perasaan bangga dan gembiranya warga KMPP menjadi rakyat Malaysia.
berita oleh: Azizan Saari
We have 23 guests and no members online
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |