Bengkel Kerja Towards Top Notch College 2022

KEPALA BATAS,  3 JUN 2022- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berbesar hati kerana terpilih untuk berkongsi amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi KPM.  Bahagian Matrikulasi KPM dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang bekerjasama untuk menganjurkan  Bengkel Kerja Towards Top Notch College  pada 1 hingga 3 Jun 2022, bertempat di Hotel Park Avenue Sg Petani, Kedah. Penganjuran yang julung kali diadakan ini berjaya menarik penyertaan seramai 60 peserta yang terdiri di kalangan timbalan-timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi, ketua-ketua Jabatan Kolej Matrikulasi dan Pegawai-pegawai kanan Bahagian Matrikulasi. Penganjuran Bengkel Kerja yang diselaraskan bersama oleh Pn Hajah Emmy Dalina binti Abd. Halim, pegawai kanan BMKPM dan En. Nassry Asmady bin Abu Bakar, penyelaras dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang terdiri daripada tiga segmen iaitu perkongsian amalan terbaik KMPP yang di sampaikan oleh Tn Hj Noorhisam bin Samsuddin dan Puan Ts. Faizah binti Ibrahim yang mewakili KMPP, key note speech dari Yg. Brs. Timbalan Pengarah Sektor Akademik BMKPM, Tn Hj Yusof bin Samad dan Taklimat Profiling Pemimpin Pengurusan oleh Yg. Brs. Dr Forniza binti Maidin, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru(BPG). Pengarah KMPP, Tuan Suhaimi bin Saidin berbesar hati menyambut kedatangan para peserta dengan ucapan selamat datang beliau dan majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yg. Brs. Dr. Sharifah Sebran Jamila binti Syed Imam, Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Perancangan BMKPM.

TopNotch Mainimage
Day1TopNotch
Day1TopNotch02
Day2TopNotch
Day2TopNotch02
Day3TopNotch
TopNotch11
TopNotch12
TopNotch13
TopNotch14
TopNotch15
TopNotch17
TopNotch2
TopNotch3
TopNotch4
TopNotch5
TopNotch6
TopNotch7
TopNotch8
TopNotch9

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account