March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

KEPALA BATAS (27  Februari 2015), Karnival Sains KMPP telah berlangsung selama dua hari bermula pada 27 hingga 28 Febuari  2015 bertempat di Dataran Pelajar, Dewan Al Farabi dan sekitar Bangunan serbaguna (BSG).Karnival adalah bertemakan “Learning Science For the Future”.

Karnival  ini telah dijayakan dengan kerjasama unit-unit akademik (Fizik, Kimia dan Biologi ) serta kelab-kelab akademik seperti  Kelab Astronomi, Kelab Alchemy, Kelab Fizik serta Kelab Biologi .Karnival Sains dimulakan dengan aktiviti senam robik yang berlangsung di dataran pelajar diikuti dengan upacara perasmian oleh Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Tuan Hj. Mohd Yusof bin Samad.

Kelab Astronomi turut terlibat secara aktif dalam karnival ini antaranya ialah  Bengkel dan Pertandingan Roket Air, Pencerapan Langit dan Pertandingan Astrophotografi, Pencerapan Matahari, Galeri Astronomi, Planetarium serta pameran yang berkaitan dengan astronomi.

 Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan oleh  Kelab Alchemy adalah seperti Chemistry is Fun, Chem Race, pameran Kelab Alchemy dan Chemistry Happy Hour.

 Kelab Biologi  turut  tidak ketinggalan dengan menjalankan Karnival ini dengan pertandingan Kitar semula, tayangan gambar berkonsepkan sains dan teknologi, aktiviti “Mud Ball”, Demonstrasi Kacukan Baji dan Tut  serta “Biogame”.

Kelab Fizik turut berjaya menarik perhatian pengunjung khasnya dari sekolah-sekolah berdekatan melalui aktiviti seperti Giant silangkata, “ Einsteins Race”, “Build the Bridge”.

Karnival Sains 2015 turut melibatkan penyertaan agensi  luar seperti IPPT, MSPP, JPAM serta penyertaan pertandingan dari sekolah-sekolah berdekatan.

Gambar di sekitar program


'Chemistry is fun'

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 18 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamKarnival Sains 2015
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.